Monday 17 September 2018

Manusia Amat Memerlukan Islam

Setiap manusia memerlukan rujukan dalam kehidupan. Ini kerana setiap yang dilahirkan adalah bersifat baru yang memerlukan bimbingan.

Kita memerlukan masa untuk belajar dari fitrah dan pengalaman.Tidak dinafikan, seseorang bayi akan digerakkan ALLAH untuk mengesot dan merangkak secara fitrah.

Namun begitu panduan asas tersebut akan terhenti secara berperingkat apabila seseorang telah mumayis.

Pada tahap ini mereka memerlukan bimbingan dalam hidup untuk mengenal erti kehidupan yang sebenarnya.

Apatahlagi dalam dunia yang penuh pancaroba hari ini, pelbagai penyakit hati dan mental sangat mudah menjangkiti kita.

Agenda-agenda musuh yang pelbagai dan datang dari pelbagai arah juga amat memerlukan kita berpegang kepada sesuatu sebagai rujukan.

Oleh itu, melalui Islam, manusia dapat dididik untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna & terurus.

Melalui Al-Quran &  Al-Hadith, manusia akan lebih terarah & dapat dipandu selaras dengan tujuan hidup kita yang sebenarnya yakni menjadi hamba ALLAH yang sejati.

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. Wow, that's very wonderful I actually have detected a brand new app avast security pro apk download this app is nice and that I have started looking it. Thanks for the help and for suggesting the matter I'll travel with it. Keep (book, magazine, etc.) and writing a new article.

    ReplyDelete

Pemuda yg soleh & Pemurah

*Cerita ini tiada kena-mengena dgn orang yg hidup atau yg telah mati* -Suatu petang di perkarangan sebuah Masjid, setelah jemaah selesai Sol...