Friday 11 November 2022

Pemuda yg soleh & Pemurah

*Cerita ini tiada kena-mengena dgn orang yg hidup atau yg telah mati*

-Suatu petang di perkarangan sebuah Masjid, setelah jemaah selesai Solat Asar-

Pemuda: "Assalamualaikum Pakcik, apa khabar?."

Pakcik: "Waalaikumsalam, Alhamdulillah. Pakcik sihat. Kamu apa khabar?."

Pemuda: "Saya baik, Pakcik, Alhamdulillah. Maaf bertanya Pakcik, dah 4 bulan saya ulang-alik ke Masjid ni. Saya nampak setiap kali selesai Solat sebelum Pakcik naik ke motor Pakcik, Pakcik mesti toleh & tengok motor saya. Kenapa ek?. "

Pakcik: "Takde apa², Pakcik cuma suka tengok motor kamu, itu je."

Pemuda: "Kalu Pakcik suka, ambillah, saya hadiahkan pada Pakcik."

Pakcik: "Kamu biar betul, kamu bergurau ke?. Pakcik nampak hari² motor nilah yg kamu bawak, kamu ada motor lain ke?. "

Pemuda: "Saya serius ni Pakcik, saya tak bergurau. Betul tu, itu mmg satu²nya motor & kenderaan yg saya ada. Tapi kalau itu dapat mengembirakan Pakcik & dapat bawak Pakcik hari² ke Masjid, banyak pahala yg saya dapat."

Pakcik: "Subhanallah, hebat sungguh hati kamu anak muda. Pakcik kagum dgn budi kamu. Pakcik rasa pengorbanan kamu lebih hebat dari Ustaz Ebit Lew sbb Ustaz Ebit orang berada, jadi duit bukan masalah utk dia menderma atau memberi bantuan. Kamu pulak, itu je yg kamu ada tapi sanggup berikan kepada orang lain. Tapi takpelah, Pakcik tak layak menerimanya & tak sampai hati utk menerimanya. 

Pemuda: "Jangan macam tu Pakcik, saya betul² ikhlas Lillahi Taala. Saya betul² berhajat Pakcik sudi menerimanya."

Pakcik: "Baiklah, jika kamu betul² berhajat, Pakcik tak mampu menolaknya kerana sudah menjadi hak sesama Islam utk kita cuba menunaikan hajat yg mampu dilaksanakan...tapi ada syaratnya!."

Pemuda: "Baiklah, apa syaratnya Pakcik?."

Pakcik: "Pakcik akan terima motor ini, dgn syarat kamu terima Pakcik jadi Ayah tiri kamu. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚."

Pemuda: "🀦🏻‍♂😀😑."

Pemuda yg soleh & Pemurah

*Cerita ini tiada kena-mengena dgn orang yg hidup atau yg telah mati* -Suatu petang di perkarangan sebuah Masjid, setelah jemaah selesai Sol...